PERHATIAN!
Portal PALSU yang menggunakan logo dan jenama Residensi Wilayah adalah seperti berikut iaitu https://www.rumawip.com.my/, https://www.rumawip.com/, https://www.residensiwilayahpersekutuan.com/ dan https://rumawip.org/ . Orang awam hendaklah berhati-hati dalam berurusan dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam urusan pembelian rumah Residensi Wilayah. Jabatan Wilayah Persekutuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal tersebut. Portal rasmi untuk memohon RESIDENSI WILAYAH hanyalah satu sahaja iaitu di https://residensiwilayah.jwp.gov.my dan permohonan adalah secara atas talian (online). Sebarang persoalan sila berhubung terus dengan Urus Setia RESIDENSI WILAYAH.

Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.
Syarat-syarat kelayakan

Warganegara Malaysia

Berumur 21 tahun ke atas

Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan

Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin)
Berita Terkini
PELANCARAN INISIATIF PEMBIAYAAN PERUMAHAN MALAYSIA (I-BIAYA)
26 April 2022PENGAKTIFAN SEMULA AKSES LOG MASUK SERTA PENDAFTARAN PENGGUNA BAGI PORTAL RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM)
09 February 2022PENUTUPAN AKSES LOG MASUK SERTA PENDAFTARAN PENGGUNA BAGI PORTAL RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM)
04 February 2022PENUTUPAN PORTAL RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM) PADA 22 HINGGA 23 DISEMBER 2021 (RABU – KHAMIS)
20 December 2021PENJENAMAAN SEMULA RESIDENSI WILAYAH KEPADA RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM) - 11 OKTOBER 2021
13 October 2021PENUTUPAN PORTAL RESIDENSI WILAYAH PADA 26 MAC 2021
25 March 2021