Berita Terkini
PENUTUPAN PORTAL RUMAWIP
27 June 2019Adalah dimaklumkan bahawa Portal RUMAWIP akan ditutup kepada orang awam bermula pada 24 Jun 2019. Portal baharu akan dibuka dan boleh diakses mulai pada 27 Jun 2019 jam 9.00 pagi.
LARANGAN SEBARANG BENTUK KUTIPAN BAYARAN BAGI PROSES PERMOHONAN UNIT RESIDENSI WILAYAH
27 June 2019Sukacita dimaklumkan bahawa projek-projek Residensi Wilayah daripada pemaju yang terlibat telah dimuatnaik ke dalam Portal Residensi Wilayah untuk dimohon oleh pembeli-pembeli yang berminat dan berkelayakan.
Sehubungan itu, Kementerian ini ingin memaklumkan bahawa semua proses permohonan adalah mengikut Garis Panduan Pengurusan Permohonan Rumah Mampu Milik yang telah dikeluarkan bagi memastikan urusan permohonan dan tapisan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
Selain itu, pihak pemaju hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan agar tiada sebarang bentuk kutipan wang diterima daripada pemohon termasuklah kutipan yuran komitmen sebelum menandatangani perjanjian jual beli kerana bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1989 bagi melindungi kepentingan pembeli dan pematuhan peraturan di bawah Akta 118.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak pemaju dan pembeli berkaitan perkara ini amatlah diharapkan bagi menjaga kredibiliti dan integriti proses permohonan Residensi Wilayah.
Nota : Sebarang aduan berkaitan kutipan bayaran hendaklah dikemukakan terus kepada Sistem Aduan Bersepadu Jabatan Perumahan di laman url :
https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm
PENGUMUMAN MENGENAI PROJEK RUMAWIP@SENTRAL
24 June 2019
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) setelah meneliti semula cadangan pembangunan Projek RUMAWIP @ Sentral sepertimana yang telah dibuka melalui Portal RUMAWIP bermula 20 Mac 2018 yang lalu mendapati projek berkenaan tidak dapat diteruskan. KWP memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada pembangunan RUMAWIP oleh KWP. Kesulitan amatlah dikesali.
Residensi Wilayah
Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.