Berita Terkini

PELANCARAN INISIATIF PEMBIAYAAN PERUMAHAN MALAYSIA (I-BIAYA)
26 April 2022

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kewangan (MOF) telah melancarkan i-Biaya pada 15 April 2022 bagi memudahkan pembiayaan perumahan kepada golongan B40 dan M40. Pemohon Residesi Wilayah Keluarga Malaysia (RWKM) boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan inisiatif i-Biaya ini dengan melayari portal I-BIAYA (kpkt.gov.my) atau terus melayari portal Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) https://www.sjkp.com.my/ dan portal Skim Rumah Pertamaku (SRP) https://www.srp.com.my

PENGAKTIFAN SEMULA AKSES LOG MASUK SERTA PENDAFTARAN PENGGUNA BAGI PORTAL RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM)
09 February 2022

Adalah dimaklumkan bahawa fungsi akses log masuk dan membuat pendaftaran pengguna telah diaktifkan semula bermula pada hari ini 9 Februari 2022 (Rabu). Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

PENUTUPAN AKSES LOG MASUK SERTA PENDAFTARAN PENGGUNA BAGI PORTAL RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM)
04 February 2022

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat masalah penghantaran emel daripada portal Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (RWKM).  Justeru, pengguna tidak dapat akses log masuk dan membuat pendaftaran bermula pada 3 Februari 2022 (Khamis) sehingga dimaklumkan kelak. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.