Berita Terkini
PENUTUPAN PORTAL RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM) PADA 22 HINGGA 23 DISEMBER 2021 (RABU – KHAMIS)
20 December 2021Adalah dimaklumkan bahawa Portal Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (RWKM) tidak dapat diakses oleh pengguna pada 22 hingga 23 Disember 2021 (Rabu – Khamis) untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan portal. Portal hanya boleh diakses semula pada 24 Disember 2021 (Jumaat) jam 9.00 pagi. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
PENJENAMAAN SEMULA RESIDENSI WILAYAH KEPADA RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM) - 11 OKTOBER 2021
13 October 2021YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan telah menjenamakan semula Residensi Wilayah sebagai Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (RWKM) semasa sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara pada 11 Oktober 2021. Keputusan ini selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang menekankan kepentingan keluarga sebagai institusi terkecil terpenting dalam membina masyarakat. Penjenamaan ini menggambarkan kepentingan pemilikan sebuah kediaman yang selesa dalam pembentukan kesejahteraan sesebuah keluarga.
PENUTUPAN PORTAL RESIDENSI WILAYAH PADA 26 MAC 2021
25 March 2021Adalah dimaklumkan bahawa Portal Residensi Wilayah tidak dapat diakses oleh pengguna pada esok hari iaitu pada 26 Mac 2021 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk kerja-kerja penambahbaikan portal. Sehubungan itu, pengguna tidak dapat mengakses Portal Residensi Wilayah pada waktu tersebut. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Residensi Wilayah
Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.