SKIM BANTUAN PINJAMAN RUMAH PERTAMA

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Skim ini dapat membantu individu berkelayakan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan gadai janji.

Kriteria Kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP):

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Rumah pertama untuk didiami;
  3. Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan;
  4. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan;
  5. Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini; dan
  6. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.

Maklumat lanjut sila klik pautan dibawah:

Logo SJKP

Skim Rumah Pertamaku

Skim ini adalah untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Kriteria Kelayakan Skim Rumah Pertamaku:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pembeli rumah pertama;
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri;
  4. Pemohon individu atau Bersama;
  5. Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon; tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama;
  6. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas; dan
  7. Pembiayaan sehingga 110%*

* Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang mendapat isi rumah ≤RM5,000 + membeli harta tanah ≤RM300,000

Maklumat lanjut sila klik pautan dibawah:

Logo Skim Rumah Pertamaku