Hakcipta

Hak cipta Portal RESIDENSI WILAYAH dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan KWP kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada KWP. Produk-produk lain, logo dan syarikat atau organisasi yang tercatat di dalam laman web ini adalah kepunyaan syarikat atau organisasi tersebut.


Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.


Keselamatan storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.


Dasar Privasi

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, anda secara tidak langsung telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada KWP untuk berkongsi maklumat bersama dengan agensi awam lain dan pihak swasta (pemaju) yang terlibat untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas daripada agensi-agensi lain atau pengurusan permohonan yang perlu dilaksanakan pihak pemaju.


Maklumat yang terkumpul

Portal ini mempunyai pautan ke portal/laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal/laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal/laman web yang dilayari.


Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada Portal/Laman Web yang Lain?

Portal ini mempunyai pautan ke portal/laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal/laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal/laman web yang dilayari.


Pindaan dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.