Berita Terkini
PENUTUPAN AKSES LOG MASUK SERTA PENDAFTARAN PENGGUNA BAGI PORTAL RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM)
04 February 2022Adalah dimaklumkan bahawa terdapat masalah penghantaran emel daripada portal Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (RWKM). Justeru, pengguna tidak dapat akses log masuk dan membuat pendaftaran bermula pada 3 Februari 2022 (Khamis) sehingga dimaklumkan kelak. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
PENUTUPAN PORTAL RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM) PADA 22 HINGGA 23 DISEMBER 2021 (RABU – KHAMIS)
20 December 2021Adalah dimaklumkan bahawa Portal Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (RWKM) tidak dapat diakses oleh pengguna pada 22 hingga 23 Disember 2021 (Rabu – Khamis) untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan portal. Portal hanya boleh diakses semula pada 24 Disember 2021 (Jumaat) jam 9.00 pagi. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
PENJENAMAAN SEMULA RESIDENSI WILAYAH KEPADA RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA (RWKM) - 11 OKTOBER 2021
13 October 2021YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan telah menjenamakan semula Residensi Wilayah sebagai Residensi Wilayah Keluarga Malaysia (RWKM) semasa sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara pada 11 Oktober 2021. Keputusan ini selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang menekankan kepentingan keluarga sebagai institusi terkecil terpenting dalam membina masyarakat. Penjenamaan ini menggambarkan kepentingan pemilikan sebuah kediaman yang selesa dalam pembentukan kesejahteraan sesebuah keluarga.
Residensi Wilayah
Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.