Perumahan adalah merupakan elemen yang kritikal dan penting di dalam pembangunan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Ia juga bagi merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.
Pada masa kini, harga rumah yang tinggi menyebabkan warga kota
terutama dari golongan berpendapatan sederhana sukar untuk membeli
dan memiliki rumah sendiri. Maka program RESIDENSI WILAYAH
diwujudkan untuk menyediakan rumah yang selesa lagi berkualiti serta
mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.
Residensi Wilayah merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah
Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit dengan
tagline “Residensi Wilayah Residensiku”. Penetapan sasaran baru
Residensi Wilayah bagi tempoh sepuluh (10) tahun mulai 2019 - 2028
adalah sebanyak 80,000 unit selaras dengan sasaran Kerajaan untuk
merealisasikan pembinaan sebanyak satu (1) juta rumah mampu milik di
seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.
Muat Turun Dasar RESIDENSI WILAYAH PDF