Berita Terkini
PAMERAN RESIDENSI WILAYAH DI HOME OWNERSHIP CAMPAIGN (HOC): AFFORDABLE HOME
30 September 2019PAMERAN RESIDENSI WILAYAH DI HOME OWNERSHIP CAMPAIGN (HOC): AFFORDABLE HOME SEPERTI BERIKUT :
Tarikh : 4 - 6 OKTOBER 2019
Masa : 10.00 PAGI– 10.00 MALAM
Tempat : CENTRE COURT, NU SENTRAL SHOPPING CENTRE
KUALA LUMPUR
SEMUA DIJEMPUT HADIR
PAMERAN RESIDENSI WILAYAH DI KARNIVAL RAHMAH 2019
26 September 2019Satu pameran yang melibatkan pemaju-pemaju Residensi Wilayah akan berada di Karnival Rahmah 2019 seperti berikut :
Tarikh : 26 hingga 29 September 2019
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Dataran Putrajaya
Semua di jemput hadir.
PENAMBAHBAIKAN DANA RM 1 BILION BAGI RUMAH MAMPU MILIK OLEH BANK NEGARA MALAYSIA DAN PUSAT SEHENTI KHIDMAT NASIHAT PEMBIAYAAN (MYKNP)
22 August 2019Tuan/Puan,
Bank Negara Malaysia ingin memaklumkan mengenai penambahbaikan kepada Dana
RM1 bilion untuk Rumah Mampu Milik yang bertujuan membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah membiayai pembelian rumah pertama mereka. Penambahbaikan tersebut telah diumumkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia sempena pelancaran pusat sehenti Khidmat Nasihat Pembiayaan semalam, 21 Ogos 2019.
Penambahbaikan tersebut melibatkan kriteria kelayakan seperti di bawah dan akan berkuatkuasa pada 1 September 2019:
- Pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan sehingga RM4,360 (dari RM2,300); dan
- 2. Harga maksimum harta tanah dinaikkan sehingga kepada RM300,000 (dari RM150,000).
Sementara itu, untuk memastikan pemohon pembiayaan perumahan terus mendapat khidmat nasihat dan bantuan, Bank Negara Malaysia, dengan kerjasama AKPK dan institusi-institusi kewangan akan menawarkan khidmat nasihat sehenti kepada pemohon-pemohon pembiayaan yang tidak berjaya mendapat pinjaman melalui Khidmat Nasihat Pembiayaan. Pusat sehenti ini menawarkan khidmat nasihat, mudahcara dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mempertingkatkan kelayakan untuk permohonan pembiayaan serta membuka pilihan pembiayaan alternatif yang lebih luas dan bersesuaian.
Residensi Wilayah
Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan.